Monday, April 27, 2009

Nilam


PENGENALAN PROGRAM NILAM

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
  • Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
  • Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti)
  • Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun (Penilaian)

MATLAMAT

Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.


OBJEKTIF

Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti & bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online